Rabu, 18 Mei 2016 | 1:49pm

Sanders tewaskan Clinton di Oregon

BERNIE Sanders. - Foto AFP
BERNIE Sanders. - Foto AFP

WASHINGTON: Hillary Clinton menang tipis di Kentucky semalam dalam usaha untuk menyingkirkan Bernie Sanders, namun pesaingnya dalam pencalonan presiden Demokratik itu bangkit semula untuk menawan Oregon.

Clinton mengisytiharkan kemenangannya sejurus selepas setiausaha negara Kentucky, Alison Lundergan Grimes mengumumkannya di CNN bahawa Clinton adalah pemenang tidak rasmi di negerinya.

Namun kemenangan psikologi itu hanya bersifat sementara. Setengah jam selepas undian di tutup di Oregon, Rangkaian AS, menjangkakan Sanders sebagai pemenang di sana, mengatasi Clinton dengan 53 peratus berbanding 47 peratus.

"Kami baru saja menang di Oregon, dan kita akan menakluki California," kata Sanders kepada ribuan penyokong di Carson, California negeri terbesar negara itu yang bakal dikuasainya dalam pengundian pada 7 Jun ini.

Sanders, yang menganggap dirinya sebagai sosialis demokratik, mengumumkan beliau tidak akan disingkirkan oleh kemenangan tipis Clinton. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X