Khamis, 19 Mei 2016 | 11:34am

PM Kanada mohon maaf

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau. - Foto REUTERS
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau. - Foto REUTERS

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau semalam memohon maaf kepada ahli parlimen selepas satu perbalahan yang menyebabkan beliau secara tidak sengaja menyiku seorang ahli pembangkang.

Kejadian berlaku di Dewan Rakyat semasa perbincangan mengenai undang-undang bunuh diri dengan dibantu-doktor.

Video kejadian itu menunjukkan Trudeau berlari ke arah sekumpulan penggubal undang-undang yang berdiri di lantai dan cuba memegang lengan pembangkang Gord Brown, bertujuan membawanya ke tempat duduk supaya undi berkaitan langkah itu boleh dijalankan.

Ketika memegang lengan Brown, Trudeau terlanggar Ahli Parlimen Ruth Ellen Brosseau dari Parti Demokratik Baru menyebabkan dia tersandung ke belakang.

Beliau (Brosseau) kemudian berkata beliau "di siku di dada oleh Perdana Menteri."

Pemimpin NDP, Tom Mulcair kemudian bersemuka dengan Trudeau, sambil menuding jari ke arah Perdana Menteri sambil menjerit, "Kau memang menyedihkan."

Trudeau kemudian memohon maaf.

"Saya tidak sengaja mengasari beberapa ahli ketika mengangkat lengan. Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan atau memberi kesan kepada sesiapa," katanya, sambil menambah beliau meminta maaf tanpa syarat.

Adegan luar biasa di Parlimen Kanada berlaku ketika kerajaan sedang mempertimbangkan undang-undang membenarkan orang dewasa dengan masalah kesihatan serius secara rela menamatkan penderitaan mereka dengan membunuh diri dengan dibantu. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X