Jumaat, 20 Mei 2016 | 4:10pm

Datuk Bandar Cebu turut tawar ganjaran polis bunuh penjenayah

Bakal Datuk Bandar Cebu, Tomas Osmena (kanan) menyerahkan wang ganjaran kepada pegawai Polis Julius Regis (kiri) semasa upacara majlis ganjaran di Cebu City, Filipina. - Foto EPA
Bakal Datuk Bandar Cebu, Tomas Osmena (kanan) menyerahkan wang ganjaran kepada pegawai Polis Julius Regis (kiri) semasa upacara majlis ganjaran di Cebu City, Filipina. - Foto EPA

MANILA: Bakal Datuk Bandar Cebu, Filipina mengikut jejak langkah Presiden baharu negara itu, Rodrigo Duterte dengan turut menawarkan ganjaran kepada polis untuk membunuh penjenayah.

Bagaimanapun, kalangan kumpulan hak asasi bimbang tawaran ganjaran bagi itu menjurus kemungkinan berlaku pembunuhan melampaui undang-undang.

Tomas Osmena, bakal Datuk Bandar Cebu, wilayah tengah Filipina memaklumkan beliau akan membayar anggota polis 50,000 peso (RM4,320) untuk setiap seorang penjenayah dibunuh dan 5,000 pesos (RM2,160) untuk setiap penjenayah yang dicederakan.

"Jika kamu membunuh seorang penjenayah ketika bertugas, kamu akan diberikan ganjaran, tiada persoalan akan dibangkitkan. Saya di sini untuk membantu polis dan bukan mendakwa mereka," kata Osmena.

"Itu tujuan saya, menakutkan penjenayah. Jika mereka mahu melakukan jenayah, mereka berperang dengan saya. Saya akan pastikan mereka mati." - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X