X
Ahad, 22 Mei 2016 | 3:27pm
TAN Sri Dr Syed Hamid Albar. - Foto Mohd Yusni Ariffin
TAN Sri Dr Syed Hamid Albar. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Isu Uber, Grabcar akan dimuktamad - SPAD

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yakin keputusan mengenai perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi Uber dan GrabCar secara sah dapat ditentukan tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata kertas kerja berhubung isu berkenaan sudah diserah kepada Unit Perancang Ekonomi (UPEN) bagi mendapatkan nasihat serta maklum balas untuk dibentangkan ke Kabinet.

Katanya, kertas kerja berkenaan merangkumi semua aspek termasuk cadangan dan idea berkaitan penggunaan perkhidmatan teksi dalam talian itu.

"Sebagai pelindung kepada pengangkutan awam darat, SPAD ingin memastikan segala keputusan kerajaan adalah adil.

"Itu sebabnya kita bentangkan di UPEN, selain beberapa idea dan cadangan yang perlu dilaksanakan apabila menerima penggerak lain dalam industri ini.

"Kalau pemandu teksi, dia perlu ada lesen memandu kenderaan awam (PSV), perlu ada kad pemandu, sedangkan perkhidmatan Uber atau Grabcar menggunakan kereta peribadi.

"Dari segi undang-undang, akan timbul masalah yang mana sesiapa yang mengambil tambang tanpa lesen dikira melakukan kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat SPAD Wilayah Selatan, di MSC Cyberport di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua SPAD Wilayah Selatan, Amshida Rani.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X