Isnin, 23 Mei 2016 | 3:50pm

Obama umum penarikan balik sekatan senjata terhadap Vietnam


PRESIDEN Barack Obama. - Foto Reueters

HANOI: Amerika Syarikat menarik balik sepenuhnya sekatan penjualan senjata terhadap Vietnam, umum Presiden Barack Obama semasa lawatan beliau ke Hanoi hari ini.

"Amerika Syarikat menarik balik sepenuhnya pengharaman terhadap penjualan peralatan ketenteraan kepada Vietnam yang dikenakan selama kira-kira 50 tahun," katanya dalam sidang media bersama Presiden Vietnam, Tran Dai Quang.

Kedua-dua negara bimbang dengan peningkatan aktiviti ketenteraan China di Laut China Selatan.

Bagaimanapun, Obama menjelaskan keputusan membenarkan penjualan senjata kepada Vietnam tiada kaitan dengan kebimbangan bersama terhadap tuntutan Beijing di perairan yang dipertikaikan itu.

"Keputusan menarik balik larangan itu tidak dibuat berasaskan China...tetapi keinginan untuk memuktamadkan proses yang memakan masa bagi memulihkan hubungan dengan Vietnam.

"Pada tahap ini, kedua-dua pihak sudah membina kepercayaan dan kerjasama termasuk pihak tentera kami," kata Obama. - AFP

Berita Harian X