Selasa, 24 Mei 2016 | 4:30pm

Perlis dilanda ribut

KEADAAN pokok-pokok yang tumbang akibat ribut yang berlaku di Beseri, Perlis. - Foto Ihsan JPAM
KEADAAN pokok-pokok yang tumbang akibat ribut yang berlaku di Beseri, Perlis. - Foto Ihsan JPAM

KANGAR: Hampir seluruh kawasan di Perlis dilanda angin kencang dalam kejadian ribut sebentar tadi, yang turut menyebabkan beberapa kerosakan termasuk lebih 40 pokok dilapor tumbang.

Kejadian bermula jam 1 petang selepas angin kencang membadai beberapa kawasan yang berlarutan hampir sejam.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, mengesahkan tidak kurang 40 laporan berkaitan kejadian pokok tumbang dan kerosakan akibat ribut diterima setakat jam 2.45 petang tadi dan dijangkakan laporan berkenaan meningkat.

Berdasarkan maklumat, kawasan yang terjejas akibat pokok tumbang termasuk sekitar Santan, Jejawi, Behor Mali, Arau, Kampung Bakong, Kok Kelang, Ulu Pauh, Abi, Sungai Batu Pahat, Sempering dan Kangar.

Turut mengalami kerosakan lain membabitkan papan tanda di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), papan tanda iklan di bulatan Persiaran Jubli Emas dan perkarangan Kompleks Stadium Tuanku Syed Putra.

Turut terjejas beberapa unit khemah yang dipasang untuk program kerajaan negeri di sini.

KEADAAN pokok-pokok yang tumbang akibat ribut yang berlaku di Jalan Alor Setar - Kangar.- Foto Ihsan JPAM
KEADAAN pokok-pokok yang tumbang akibat ribut yang berlaku di Jalan Alor Setar - Kangar.- Foto Ihsan JPAM

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X