Rabu, 25 Mei 2016 | 5:28pm

Bojan, Bacina sah sertai Pulau Pinang

BEKAS ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak (kiri) dan bekas jurulatih JDT II, Nenad Bacina.

GEORGETOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebentar tadi, mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak dan bekas jurulatih JDT II, Nenad Bacina, menyertai barisan pengurusan baharu skuad Harimau Kumbang.

Bojan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Nenad dilantik menjadi pengurus pasukan yang baharu, menggantikan Azzizudin Mohd Shariff yang meletak jawatan minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai pengambilan pengurus dan ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang sebelum ini.

Langkah itu dianggap tindakan terakhir bagi menyelamatkan pasukan itu dalam saingan Liga Super selepas tidak layak menyertai saingan Piala Malaysia apabila berada di tangga tercorot liga.

Berita Harian X