Khamis, 26 Mei 2016 | 2:03pm
SEBAHAGIAN premis perniagaan yang dikuasai warga asing di pekan Senai, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
SEBAHAGIAN premis perniagaan yang dikuasai warga asing di pekan Senai, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PENIAGA warga asing kini mula menguasai pelbagai premis perniagaan sekitar pekan Senai, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad
PENIAGA warga asing kini mula menguasai pelbagai premis perniagaan sekitar pekan Senai, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad
PELBAGAI pekerjaan dikuasai oleh warga asing di Jalan Jalan Gurdwara, Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
PELBAGAI pekerjaan dikuasai oleh warga asing di Jalan Jalan Gurdwara, Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
JALAN Gurdwara di Pulau Pinang adalah antara kawasan tumpuan warga asing untuk bekerja dan melepak setiap hari. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
JALAN Gurdwara di Pulau Pinang adalah antara kawasan tumpuan warga asing untuk bekerja dan melepak setiap hari. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
WARGA asing berniaga di sekitar Sungei Way. - Foto Sairien Nafis
WARGA asing berniaga di sekitar Sungei Way. - Foto Sairien Nafis
WARGA asing berniaga di sekitar Sungei Way. - Foto Sairien Nafis
WARGA asing berniaga di sekitar Sungei Way. - Foto Sairien Nafis

Warga asing berniaga, SSM perlu kuasa menyeluruh

KUALA LUMPUR: Ketiadaan kuasa membuatkan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya mampu 'melihat saja' setiap kali mengesan premis perniagaan di negara ini, diuruskan warga asing.

Walaupun jelas premis perniagaan terbabit diurus atau disewa warga asing ketika pemeriksaan dibuat, namun SSM tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada kuasa mengikut undang-undang untuk memeriksa mereka.

Sebaliknya, SSM hanya boleh mengeluarkan notis memanggil pemegang lesen perniagaan terbabit ke pejabat untuk siasatan mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).

Hanya dokumen berkaitan SSM seperti memastikan entiti menjalankan perniagaan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakannya, termasuk keperluan mempamerkan sijil pendaftaran dan papan tanda di premis.

Pengarah Pematuhan SSM, Rezy Izwan Ramly, berkata maklumat berkaitan warga asing pula akan disalurkan kepada penguat kuasa lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan

SEBAHAGIAN daripada premis perniagaan sekitar Pekan Senai, Johor Bahru, kini dikuasai oleh warga asing. - Foto Zaulkarnain Ahmad Tajuddin
SEBAHAGIAN daripada premis perniagaan sekitar Pekan Senai, Johor Bahru, kini dikuasai oleh warga asing. - Foto Zaulkarnain Ahmad Tajuddin

Beliau berkata, menerusi Ops Niaga yang dilancarkan sejak awal tahun ini, SSM mengesan 369 kes membabitkan warga asing, sama ada bekerja atau menyewa perniagaan.

Katanya, susulan penemuan itu, SSM mengeluarkan notis pematuhan mengikut Seksyen 10 Akta 197 terhadap 105 pemilik perniagaan itu bagi memberi penjelasan kerana disyaki  menyewa atau membenarkan perniagaan mereka diuruskan warga asing.

"Baki 264 premis yang diuruskan warga asing yang dikesan dalam pemeriksaan dirujuk kepada imigresen untuk tindakan lanjut," katanya kepada BH.

BH difahamkan, faktor tawaran harga yang tinggi menyebabkan rakyat tempatan sanggup menyewakan perniagaan termasuk sijil pendaftaran dan premis mereka kepada warga asing.

Pemegang lesen menerima bayaran sewa RM2,000 sebulan dari warga asing, berbanding pendapatan RM1,000 jika diusahakan sendiri mengikut kategori perniagaan.

PEGAWAI KPDNKK dan pegawai SSM memeriksa salah sebuah premis yang menjual barangan tiruan ketika Operasi Niaga yang membabitkan enam agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigeresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di persimpangan Cangkat Bukit Bintang. - Foto Mohd Yusni Ariffin

"Isu utamanya ialah keseluruhan operasi perniagaan diuruskan warga asing sehingga menutup peluang kerja tempatan dan menyebabkan aliran wang keluar ke negara asing semakin meningkat," kata Rezy Izwan.

Malah, katanya, ketika pemeriksaan, ada pemegang lesen tiba-tiba muncul dan mengaku pekerja warga asing di premis mereka itu adalah isteri atau suami.

Beliau mengulas pendedahan BH berhubung kewujudan koloni asing baharu di Sungei Way, Kelana Jaya yang bebas menjalankan perniagaan di deretan rumah kedai sejak dua tahun lalu.

Sementara itu di Johor Bahru, perniagaan sekitar bandar Senai kini umpama "ditawan" koloni warga asing hingga menimbulkan rasa tidak senang rakyat tempatan apabila jumlah mereka semakin bertambah.

Tinjauan BH mendapati, antara perniagaan yang dijalankan warga Pakistan, Bangladesh dan Nepal itu membabitkan jualan pakaian terpakai, kedai runcit dan penghantaran wang ke negara asing.

KAWASAN Gat Lebuh Maccalum adalah antara lokasi tumpuan warga asing di Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
KAWASAN Gat Lebuh Maccalum adalah antara lokasi tumpuan warga asing di Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

Keadaan itu juga membimbangkan penduduk setempat apabila kawasan berkenaan 'dikuasai' warga asing terutama pada cuti hujung minggu atau cuti umum yang berkumpul dalam kumpulan besar sehingga lewat malam.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 42, berkata kehadiran lebih ramai pekerja asing yang bekerja di sekitar kawasan Senai, kemungkinan antara punca warga asing membuka beberapa perniagaan bagi menarik kehadiran mereka.

"Kebanjiran warga asing ini turut menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan warga tempatan di sekitar kawasan ini kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini seperti pergaduhan," katanya.

Di Georgtown, warga asing khususnya dari Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Myanmar dan India menguasai sepenuhnya Pangsapuri Sri Saujana sehingga 'menakutkan' warga tempatan.

Penduduk, Safri Mat Yatim, 51, berkata tindakan pemilik rumah menyewakan kediaman mereka kepada warga asing sejak enam tahun lalu, yang sedia membayar lebih tinggi daripada penduduk tempatan antara punca.

"Kebanyakan rumah disewa pihak kilang yang menjadikannya sebagai asrama bagi menempatkan pekerja asing dalam jumlah yang besar, malah mereka turut tinggal bercampur lelaki dan wanita.

"Akibatnya ramai penduduk tempatan terpaksa berpindah kerana tidak mahu anak-anak terpengaruh dengan budaya tidak sihat selain tindakan pemilik rumah yang menaikkan kadar sewa," katanya yang mendakwa hanya pernah melihat sekali pemeriksaan pihak berkuasa dibuat di lokasi itu.

Syarat Imigresen terhadap pekerja warga asing

# Warga asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk tempatan

# Jika pemegang PLKS berkahwin, pas lawatan itu akan dibatalkan dan dihantar pulang

# Warga asing yang mahu kembali ke negara ini untuk menetap bersama pasangan tempatan perlu memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP)

# PLSJP perlu diperbaharui setiap tahun dengan jaminan isteri atau suami rakyat tempatan masing-masing.

Berita Harian X