Khamis, 2 Jun 2016 | 9:21pm

FIFA: Ranking Harimau Malaysia naik satu anak tangga


PEMAIN Harimau Malaysia, Aidil Zafuan Abd Radzak (dua dari kiri) diasak pemain Timor Leste, Henrique Cruz, pada aksi play-of kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia melonjak satu anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-173 dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Di peringkat Asia, Malaysia turut naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Meskipun dilihat memperaga sedikit peningkatan, Malaysia masih ketinggalan jauh berbanding negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (117), Filipina (120), Vietnam (133), Singapura (149) dan juga Myanmar (161).

Peningkatan satu anak tangga ini didorong oleh dua perlawanan persahabatan sebelum ini yang mencatatkan seri tanpa jaringan menentang Macau (196) serta keputusan sama yang dirakam ke atas Myanmar. - AGENSI

Berita Harian X