Jumaat, 3 Jun 2016 | 8:40am

Adik Kyairiel meninggal dunia

KEADAAN adik Kyairiel Mikhail yang kritikal ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
KEADAAN adik Kyairiel Mikhail yang kritikal ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

SEREMBAN: Selepas 13 hari dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), adik Kyairiel Mikhail, 3, yang pernah menjadi bayi paling berat di negara ini, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

 Ibunya, Yusnurlina Mohd Yusoff, 27, berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu disahkan meninggal dunia jam 2.35 pagi selepas mengalami masalah pernafasan.

"Keadaannya kritikal sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) HTJS 13 hari lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan pendarahan dalaman pada perut.

"Walaupun terlalu sedih, saya dan suami (Khairul Shafiq Nor Azmi, 28) reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih sayangkan adik Kyairiel Mikhail," katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini, BH melaporkan Kyairiel Mikhail dimasukkan ke PICU HTJS dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Pada Februari 2014, BH melaporkan Kyairiel Mikhail yang ketika itu berusia setahun, mempunyai berat badan 18.1 kilogram (kg) iaitu lebih berat daripada abangnya yang berusia lima tahun, tanpa diketahui puncanya.

Dia juga tidak mampu mengiring, meniarap atau duduk dengan sendiri, malah tidak mampu makan makanan pejal selain mudah dijangkiti penyakit, termasuk demam dan batuk.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X