Sabtu, 4 Jun 2016 | 11:26pm

Muguruza kejutkan Serena untuk rangkul Terbuka Perancis

PEMAIN Sepanyol, Garbine Muguruza. - Foto Reuters

PARIS: Pemain Sepanyol, Garbine Muguruza merangkul gelaran Grand Slam pertamanya di sini, sebentar tadi dengan kemenangan 7-5, 6-4 ke atas Serena Williams pada final Terbuka Perancis.

Keputusan itu sekali gus menamatkan impian Williams yang juga pemain nombor satu dunia untuk merangkul kejuaraan utamanya yang ke-22.

PEMAIN Amerika Syarikat, Serena Williams dikejutkan Muguruza 7-5, 6-4 pada aksi final Terbuka Perancis. - Foto EPA

Muguruza, 22, adalah wanita Sepanyol pertama menjuarai kejohanan di sini sejak Arantxa Sanchez Vicario melakukannya pada tahun 1998.

Williams yang berusia 34 tahun, kini perlu menunggu hingga Wimbledon untuk peluang seterusnya bagi menyamai rekod juara sebanyak 22 kali yang dipegang Steffi Graf dalam acara perseorangan Grand Slam. - AFP

Berita Harian X