Isnin, 6 Jun 2016 | 6:13pm

42 peserta tamat kurus urutan tradisional Melayu


Peserta Kursus Urutan Tradisional Melayu bergambar bersama Pengarah GiatMARA Johor, Mohamad Merjuki Kasanwidi (duduk tiga kiri) selepas Majlis Penyampaian Sijil Kursus Long Life Learning (3L) di Komuniti GiatMARA Ledang, Tangkak. - Foto Hai Rozzaman Jalal

TANGKAK: Seramai 42 peserta menamatkan Kursus Urutan Tradisional Melayu anjuran Komuniti GiatMARA Ledang menerusi pembelajaran sepanjang hayat (3L) membabitkan lima siri sebelum memperoleh sijil masing-masing. 

Pengurus Kanan Komuniti GiatMARA Ledang, Mohd Jinal Selamat, berkata kursus yang pertama kali diperkenalkan itu membantu meningkatkan pengetahuan peserta selain memberi ruang mereka menambah pendapatan dalam aktiviti berkenaan. 

Katanya, kursus itu dijalankan secara separuh masa pada hujung minggu dan sasaran peserta adalah dalam kalangan individu yang boleh mengurut tetapi ingin memperkukuhkan teknik urutan mereka. 

"Kursus ini diperkenalkan mengikut keperluan masyarakat setempat. Ramai di antara mereka memang pakar dalam mengurut tetapi untuk mendapatkan sijil dalam bidang itu agak sukar.  

"Bagi membantu mereka, Komuniti GiatMARA Ledang diberikan kepercayaan mengembangkan karier mereka menerusi kursus urutan ini," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus 3L Urutan Tradisional Melayu di institut itu dekat Tanjung Agas, di sini, hari ini.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah GIATMARA negeri, Mohamad Merjuki Kasanwidi.

Berita Harian X