Jumaat, 7 November 2014 | 11:42am
 Keadaan Empangan Sultan Abu Bakar semasa tinjauan fotoBernama dari ruang udara bersama Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air (KeTTHA) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Keadaan Empangan Sultan Abu Bakar semasa tinjauan fotoBernama dari ruang udara bersama Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air (KeTTHA) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

Dalamkan Sungai Ringlet, perkukuh tebing elak banjir berulang - Palanivel

Tinjauan dari udara banjir lumpur di sekitar Lembah Bertam berikutan keadaan hujan lebat berterusan menyebabkan empangan Bertam terpaksa dibuka. - Foto Khairull Azry Bidin.
Tinjauan dari udara banjir lumpur di sekitar Lembah Bertam berikutan keadaan hujan lebat berterusan menyebabkan empangan Bertam terpaksa dibuka. - Foto Khairull Azry Bidin.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan kerja mendalamkan Sungai Ringlet termasuk mengukuhkan tebing sungai sebagai penyelesaian jangka masa panjang bagi mengelak banjir kilat berulang.

Menterinya, Datuk Seri G Palanivel, berkata projek serupa sudah dilaksana di Lembah Bertam yang turut dilanda banjir lumpur pada 23 Oktober tahun lalu.

Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkannya pagi ini.

Beliau berkata susulan kejadian berkenaan, mangsa yang terjejas akibat banjir kilat sudah dipindahkan ke lokasi selamat di penempatan sementara di dewan orang ramai.

"Pegawai Daerah turut diminta memindahkan beberapa penduduk yang mungkin tinggal di sepanjang tebing sungai," katanya.

Selain itu, beliau berkata, aliran air deras berikutan hujan lebat dari kawasan yang lebih tinggi kini mengalir terus ke dalam sungai, bukan lagi ke empangan.

Berita Harian X