Sabtu, 11 Jun 2016 | 9:19am

Gempa bumi lemah berlaku di Ranau

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 5.18 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak di 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 11 kilometer ke barat Ranau.

Gegaran dirasai di Ranau. - BERNAMA

Berita Harian X