Ahad, 12 Jun 2016 | 12:52pm

SHOES rai 40 anak yatim

Seramai 40 anak yatim dari Pusat Jagaan Baitul Hidayah Puchong diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran SHOES, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Perkenalan menerusi aplikasi WhatsApp mencetuskan idea kepada pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk membantu golongan memerlukan terutama sempena kedatangan bulan Ramadan.

Menggunakan nama Safety and Health Occupational Employess (SHOES), gabungan ahli daripada tiga kumpulan WhatsApp itu mengambil inisiatif menganjurkan program berbuka puasa bersama 40 anak yatim dari Pusat Jagaan Baitul Hidayah di Hotel Seri Pacific, malam tadi.

Jurucakap SHOES, Hamidun Ismail, berkata program berkenaan adalah kesinambungan daripada kejayaan menganjurkan program sama tahun lalu dengan bertemakan 'Kami Sayang Kamu' yang dianjurkan tahun lalu.

Katanya, program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dan Sasuke Premium Bundle itu bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan serta penjaga anak yatim, orang kelainan upaya dan asnaf zakat.

"Bantuan dihulurkan adalah dari segi pemberian pakaian, kasut, makanan dan duit raya sempena sambutan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

"Dana dikumpul hasil sumbangan ahli dan pengamal industri berkaitan bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya.

Yang turut hadir pada majlis itu, Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Khirudin [email protected].

Katanya, sumbangan tidak terhad pada bulan Ramadan saja, sebaliknya pemberian dibuat secara berterusan sepanjang tahun kepada rumah anak yatim dipilih.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X