Ahad, 12 Jun 2016 | 3:27pm

Dollah Kok Lanas meninggal dunia


ALLAHYARHAM Tan Sri Abdullah Ahmad.

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Kedua, Tan Sri Abdullah Ahmad, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini, tengah hari tadi.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas (DKL), menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.15 tengah hari tadi akibat menghidap penyakit kanser.

Jenazah Allahyarham dibawa di kediamannya di Jalan U-Thant sebelum dikebumikan di Kota Bharu, Kelantan.

Antara yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Berita Harian X