Isnin, 13 Jun 2016 | 8:10pm

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Iftar MSU

SERI Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah (kanan) dan Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (dua dari kiri) pada Majlis Iftar Canselor Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) dengan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Aminah (YAYSH) di Dewan Canselor MSU, Shah Alam. - Foto Rosdan Wahid

SHAH ALAM: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Iftar Canselor Management & Science University (MSU) bersama Anak-anak Yatim 2016 di Dewan Canselor MSU, di sini, sebentar tadi.

Keberangkatan baginda selaku Canselor MSU disambut Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan wang zakat bernilai RM100,000 bagi pihak MSU kepada 20 rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang dan sumbangan duit raya berjumlah RM30,000 kepada 200 penghuninya.

Dalam majlis sama, MSU melalui Yayasan MSU turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM150,000 kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi membela nasib anak yatim piatu dan miskin.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X