Rabu, 15 Jun 2016 | 12:36pm
Diana Rafar dilantik menjadi duta pengeluar kipas, Helifan Malaysia.

Diana Rafar promosi kipas wakaf


Diana Rafar

KUALA LUMPUR: Apabila artis menjadi duta atau jurucakap produk, selalunya barangan yang dipromosikan adalah kosmetik, pakaian mahupun ubat-ubatan.

Namun, sudah namanya rezeki, pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, 34, baru-baru ini dilantik menjadi duta pengeluar kipas, Helifan Malaysia. Apa yang menarik, bayaran diterima Diana sungguh lumayan.

"Alhamdulillah, untuk kontrak setahun saya dibayar RM500,000," kata ibu kepada Kashfi Haikal membuka cerita.

Memberitahu BH Online, pada mulanya, dia sendiri terbabit dalam perniagaan produk keluaran Helifan Malaysia, kira-kira tiga bulan lalu.

"Saya tertarik dengan cara syarikat terbabit beramal.

"Apa yang dilakukan mereka adalah mencari individu atau syarikat yang berminat mewakafkan kipas jenama Helifan ini di surau atau masjid," katanya.

Diana berkata, usaha dilakukan syarikat terbabit sungguh murni apatah lagi dalam bulan Ramadan ini.

"Sasaran sekarang adalah mencari surau dan masjid untuk dipasang kipas berkenaan.

"Setakat ini, sudah ada beberapa surau dan masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru dipasang kipas yang diwakafkan penyumbang," katanya.

Diana berkata, penyumbang yang mahu mendapatkan maklumat mengenai produk keluaran Helifan Malaysia boleh melayari www.helifan.com atau menghantar emel kepada [email protected].

"Pemasangan kipas ini tidak sampai sehari. Suami saya, Zamarul Hisham juga terbabit dalam perniagaan ini," katanya.

Diana berkata, biarpun sibuk dengan produk kipas itu, dia tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

"Saya masih sempat berbuka, bersahur dan bertarawih dengan suami, anak serta keluarga," katanya.

Berita Harian X