Ahad, 9 November 2014 | 11:43am
TINJAUAN Jalan retak di jalan Brinchang menghala ke Kea Farm Cameron Highlands, semalam. - Foto L.Manimaran
TINJAUAN Jalan retak di jalan Brinchang menghala ke Kea Farm Cameron Highlands, semalam. - Foto L.Manimaran

Laluan ke Cameron melalui Tapah-Ringlet ditutup mulai malam tadi

CAMERON HIGHLANDS: Laluan ke Cameron Highlands melalui Tapah ke Ringlet ditutup untuk semua kenderaan mulai 9.25 malam tadi bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan berikutan beberapa runtuhan kecil di sepanjang laluan terbabit.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, justeru semua pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif lain iaitu laluan Simpang Pulai -Cameron Highlands.

"Ia berikutan kerja-kerja baik pulih struktur jalan akibat tanah runtuh di beberapa lokasi sepanjang laluan berkenaan.

"Bagi pengguna dari arah Pantai Timur dan Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Sungai Koyan dan Lojing," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pembukaan semula laluan Tapah-Cameron Highlands itu akan diberitahu kemudian.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X