Khamis, 16 Jun 2016 | 11:14pm

Lelaki Jepun tikam bapa dengan penyepit makanan

PENYEPIT makanan. - Foto hiasan

TOKYO: Polis Jepun hari ini menahan seorang lelaki yang menikam mati bapanya menggunakan penyepit makanan.

Menurut polis, Michikazu Ikeuchi, 51, mengaku dia menikam bapanya yang berusia 80 tahun di bahagian tekak menggunakan penyepit makanan, malam semalam selepas bertengkar di rumah mereka di Osaka.

"Ikeuchi memberitahu dia cuba menahan ibu bapanya daripada bertengkar dan tidak berniat membunuh bapanya. Tertuduh yang berang melibas penyepit di hadapan bapanya namun tanpa sedar ia terkena mangsa," kata seorang pegawai polis Osaka.

Ikeuchi yang tinggal bersama ibu bapa dan keluarga abangnya, menelefon perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan ambulans selepas menikam bapanya. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X