Ahad, 9 November 2014 | 1:29pm

Operasi besar-besaran banteras PATI di Cameron Highlands

JABATAN Imegresen Malaysia mengadakan operasi mengejut di sekitar pekan Ringlet bagi mengesan pendatang tanpa izin di Cameron Highland, hari ini. - Foto Supian Ahmad

CAMERON HIGHLANDS: Operasi besar-besaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di beberapa bandar di Cameron Highlands sedang berlangsung selepas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan perkara itu diatasi sebentar tadi.

Tinjauan di sekitar pekan Ringlet berhampiran pusat penempatan sementara mangsa banjir Lembah Bertam di sini mendapati lebih 30 pendatang tanpa izin ditahan oleh beberapa pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen yang berpakaian preman dalam operasi besar-besaran itu.

Difahamkan operasi turut membabitkan beberapa lagi bandar sekitar Cameron Highlands antaranya Kampung Raja, Tanah Rata, Brinchang, Kuala Terla dan Tringkap serta beberapa lokasi lain yang sudah dikenalpasti.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X