Sabtu, 18 Jun 2016 | 7:08pm

Media Prima Berhad rai anak yatim ibu tunggal Kampung Kupang


KAMAL (kiri) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima di Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Kampung Kupang di Surau Kampung Kupang, Kulambai, hari ini. - Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA BELUD: Media Prima Berhad meraikan 200 orang anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin pada majlis berbuka puasa di Surau Kampung Kupang, Kulambai, di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ia dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid.

Pada majlis itu, Salleh dan Kamal turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada mereka yang diraikan.

Terdahulu, Salleh mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM600,000 untuk membina masjid di Kampung Kupang, Kulambai.

"Selepas mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau setuju meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk membina masjid di Kampung Kupang," katanya.


KAMAL (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima di Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Kampung Kupang di Surau Kampung Kupang, Kulambai, hari ini. - Foto Malai Rosmah Tuah

Berita Harian X