Sabtu, 18 Jun 2016 | 8:44pm

Tiga angkasawan selamat mendarat di Kazakhstan

KAPAL kapsul Soyuz selamat mendarat di kawasan utan rumput atau 'steppe' di Kazakhstan, hari ini.

MOSCOW: Tiga krew, termasuk angkasawan Britain, Tim Peake selamat mendarat di kawasan hutan rumput atau 'steppe' di Kazakhstan, hari ini selepas menamatkan satu misi selama enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Peake adalah angkasawan pertama Britain di ISS bersama angkasawan Russia, Yuri Malenchenko dan angkasawan NASA, Tim Kopra mendarat di Bumi menggunakan kapal kapsul Soyuz pada 0915 GMT selepas 186 hari berada di orbit.

Video rakaman dari kawasan pendaratan di tenggara bandar Zhezkazgan menunjukkan pasukan perubatan sedang memeriksa beberapa lelaki yang tersenyum.

"Ia menakjubkan. Ia pengalaman terbaik saya," katya Peake, 44. "Ia menarik dari awal sehingga tamat."

Bekas juruterbang penguji helikopter itu berkata beliau tidak sabar untuk menemui ahli keluarganya. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X