Selasa, 21 Jun 2016 | 9:50am

Langkah kawalan senjata gagal selepas insiden Orlando

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat pada Isnin menolak langkah pengawalan senjata termasuk usaha meluaskan pemeriksaan latar belakang bagi penjualan senjata individu, yang menjadi tamparan kepada usaha pembaharuan berikutan pembunuhan beramai-ramai di Orlando.

Empat pindaan, dua Demokratik dan dua Republikan, diperkenalkan dan menerima undian.

Keempat-empatnya gagal melepasi 60 undian yang diperlukan untuk dibawa kepada Senat.

Peraturan itu dipercepatkan minggu lalu apabila Senator Chris Murphy mengadakan ucapan selama 15 jam menekankan keperluan pengawalan senjata berikutan serangan di kelab gay Florida yang meragut 49 nyawa.

SENATOR Chris Murphy. - Foto AP
SENATOR Chris Murphy. - Foto AP

Pindah dikemukakan Murphy, yang mahu meluaskan pemeriksaan latar belakang bagi penjualan senjata individu bagi memasukkan mereka yang mengendalikan pameran senjata atau online, gagal melepasi halangan prosedur, menurun 44 undian kepada 56.

Langkah Republikan untuk meluaskan dana bagi sistem pemeriksaan latar belakang juga gagal diteruskan, seperti usaha parti itu untuk memberi kuasa kepada arahan mahkamah yang akan melambatkan penjualan senjata selama 72 jam bagi mereka dalam senarai pengganas atau senarai 'larangan terbang' untuk membolehkan pihak berkuasa menyiasat bakal pembeli.

Demokrat berasa langkah itu tidak cukup ketat.

Langkah keempat yang ditolak, dikemukakan Senator Demokrat Dianne Feinstein, menghalang penjualan senjata kepada mereka yang ada dalam senarai pemerhatian 'larangan terbang.' - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X