Jumaat, 24 Jun 2016 | 9:59am
Penduduk berjalan di bawah runtuhan rumah yang musnah selepas puting beliung di Funding, di Yancheng, China. - Foto AFP

Anggota penyelamat cari mangsa di celah runtuhan


Pekerja penyelamat mengangkat batang pokok yang tumbang selepas puting beliung melanda Yancheng, Wilayah Jiangsu, China. - Foto AFP

YANCHENG: Pasukan penyelamat di timur China hari ini bertungkus lumus mencari mangsa yang mungkin terselamat daripada puting beliung dan hujan batu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang apabila ia melanda pinggir bandar raya itu.

Bencana itu turut merosakkan bangunan, menumbangkan pokok dan menyebabkan kenderaan terbalik.

Puting beliung melanda wilayah ladang dan kilang sesak dengan penduduk pada Khamis berhampiran bandar raya Yancheng di Jiangsu, kira-kira 800 kilometer ke selatan Beijing.

Hampir 500 cedera, 200 daripada parah, lapor agensi berita Xinhua.

Jalan raya dihalang dengan pokok, tiang elektrik yang tumbang dan sampah sarap lain.

Hujan lebat dan kemungkinan hujan batu serta banyak kejadian puting beliung menyukarkan usaha menyelamat, kata stesen penyiar CCTV.

Pada Jumaat, penyelamat berusaha membawa penduduk kampung yang cedera memasuki ambulans dan memberikan makanan dan air kepada yang lain.

Di kampung Xintu yang teruk terjejas, mangsa terselamat bersedih mengenangkan kematian saudara mara dan menilai kerosakan rumah mereka.

"Orang di dalam berlari keluar tetapi angin terlalu kuat. Semua keluarga saya di dalam, mereka semua meninggal dunia.

"Kemudian polis datang dan mengeluarkan mayat, saya tidak sanggup," kata seorang penduduk kampung, Wang Shuqing. - AP

Berita Harian X