Sabtu, 2 Julai 2016 | 9:49pm

Pelancong Jerman maut jatuh gaung di Machu Picchu

LIMA: Seorang pelancong Jerman maut selepas terjatuh ke dalam gaung Andean, dekat sini ketika leka bergambar di bahagian atas kubu kaum Inca di Machu Picchu, yang ditutup kepada pelawat.

Pengarah Taman Arkeologi Machu Picchu, Fernando Astete, berkata kepada The Associated Press (AP), mangsa Oliver Paps, 51, terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 100 meter Rabu lalu selepas memasuki kawasan berbahaya dengan menyeberangi halangan di atas penghadang bagi menghalang pelancong.

Astete berkata, mayat mangsa berjaya dijumpai semalam.

Beliau berkata, pelancong lain melaporkan butiran kemalangan dari sebuah platform menghadap Machu Picchu yang boleh sampai ke kubu kota itu dengan mendaki gunung lebih satu jam.

Machu Picchu adalah destinasi utama tarikan pelancong di Peru.-AP

Berita Harian X