Selasa, 5 Julai 2016 | 10:03am

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik menghala ke utara terkawal namun bergerak perlahan di beberapa kawasan.

Katanya, trafik perlahan sedikit dari Sungai Buaya ke Rawang kerana sebuah lori terbabas di KM440.7 arah selatan.

"Lorong tengah serta kanan terhalang dan kenderaan yang mengalami kemalangan sedang dialihkan, mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain juga lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua hala bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X