Rabu, 6 Julai 2016 | 12:07am
SELAMAT Omar, bapa kepada seorang penumpang MAS penerbangan MH370, Mohd Khairul Amri Selamat bersama adik tiri mangsa, Nur Kaiyisah Adibah Selamat, melihat gambar dan keratan-keratan akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 yang disimpan ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Mendi. - Foto Luqman Hakim Zubir

SELAMAT Omar menunjukkan gambar anaknya, Mohd Khairul Amri Selamat (tengah) dalam rakaman kamera litar tertutup di KLIA. - Foto Luqman Hakim Zubir
SELAMAT Omar menunjukkan gambar anaknya, Mohd Khairul Amri Selamat (tengah) dalam rakaman kamera litar tertutup di KLIA. - Foto Luqman Hakim Zubir
SELAMAT Omar, bersama ahli keluarga yang lain menonton sidang media ketika siaran langsung sidang media tragedi pesawat MH370 di Hotel Everly, Putrajaya. - Foto Aizuddin Saad
SELAMAT Omar, bersama ahli keluarga yang lain menonton sidang media ketika siaran langsung sidang media tragedi pesawat MH370 di Hotel Everly, Putrajaya. - Foto Aizuddin Saad
PENUMPANG pesawat MH370, Mohd Khairul Amri Selamat.
PENUMPANG pesawat MH370, Mohd Khairul Amri Selamat.

Mangsa MH370, MH17 dikenang pada Aidilfitri

KUALALUMPUR: Dua tahun berlalu sejak pesawat MH370 hilang, tetapi anggota keluarga terus menaruh harap waris mereka masih selamat.

"Selagi jasadnya tidak diketahui, hati kami tidak pernah tenang," demikian luahan Selamat Omar, 62, bapa kepada Mohd Khairul Amri Selamat, 31, salah seorang daripada penumpang pesawat itu yang hilang sejak Mac 2014.

"Itu yang sentiasa kami titipkan dalam doa," katanya kepada BH ketika diminta berkongsi rasa hiba tidak dapat berhari raya untuk tahun ketiga dengan seorang lagi anaknya itu.

Sejak tragedi kehilangan pesawat itu, beliau akui Aidilfitri yang disambut bersama keluarganya yang lain tidak lengkap tanpa kehadiran Mohd Khairul, hanya barang tinggalan serta gambar kenangan menjadi pengubat rindu.

SELAMAT Omar menunjukkan gambar anaknya Mohd Khairul Amri yang menjadi penumpang MH370 yang akan genap dua tahun kehilangan pesawat tersebut pada 8 March ini. - Foto Nazirul Roselan
SELAMAT Omar menunjukkan gambar anaknya Mohd Khairul Amri yang menjadi penumpang MH370 yang akan genap dua tahun kehilangan pesawat tersebut pada 8 March ini. - Foto Nazirul Roselan

"Rasa kehilangannya masih kuat walaupun kami sekeluarga reda dengan sebarang ketentuan Allah. Jika waris mangsa MH17 boleh berkunjung ke pusara, kami tidak tahu ke mana (bagi mengingati kehilangannya).

"Itu yang kami perlu lalui setiap hari tanpanya, kerinduan itu pasti ada," katanya yang masih berpegang pada prinsip selagi tiada bukti sahih menunjukkan pesawat membawa 227 penumpang dan anak kapal itu terhempas, keyakinan anaknya masih hidup adalah 50-50.

Ditanya perkembangan pencarian pesawat jenis Boeing 777 itu, Selamat berkata, pihaknya sentiasa dimaklumkan mengenai usaha carian terutama di Lautan Hindi serta lokasi penemuan beberapa serpihan di Pulau La Reunion, Perancis sebelum ini.

Malah beliau memaklumkan, sudah menerima pengesahan daripada pihak MAB sendiri bahawa penemuan 20 barangan termasuk dompet `Angry Bird', beg galas dan bahagian pelindung komputer riba yang tertera huruf `MENSA' baru-baru ini, tiada kaitan dengan MH370.

SELAMAT Omar ditemuramah wartawan selepas mendengar taklimat di Hotel Royale Chulan bagi mengikuti perkembangan pesawat MH 370 yang hilang. - Foto Asyraf Hamzah
SELAMAT Omar ditemuramah wartawan selepas mendengar taklimat di Hotel Royale Chulan bagi mengikuti perkembangan pesawat MH 370 yang hilang. - Foto Asyraf Hamzah

Beliau juga berharap akan ada petunjuk positif yang mampu menghidupkan harapan kepada semua waris mangsa MH370, terutama penemuan lebih banyak lagi serpihan yang berpotensi dengan pesawat malang itu.

"Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari di Lautan Hindi yang terus berusaha mengesan pesawat itu, biarpun berdepan laluan dan cabaran sukar seperti ombak dan angin kuat," katanya.

Selamat turut meminta semua pihak tidak sewenang-wenangnya membuat pengesahan berhubung sebarang penemuan serpihan, kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan waris yang sudah tidak mampu menghadapi sebarang berita tidak benar atau spekulasi.

"Nush dan adik mimpi abah"

BALU Juruterbang Pesawat MH17, Mariyam Yusoff bersama anak lelakinya, Wan Yunus Uzair Wan Amran (kiri) dan Wan Yusof Irfan Wan Amran. - Foto Aizuddin Saad
BALU Juruterbang Pesawat MH17, Mariyam Yusoff bersama anak lelakinya, Wan Yunus Uzair Wan Amran (kiri) dan Wan Yusof Irfan Wan Amran. - Foto Aizuddin Saad

Di Subang, tiga tahun berlalu, air mata masih mengalir tatkala mengenangkan suara arwah suami mendendangkan lagu raya sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Tatkala seluruh umat Islam berkumpul bersama keluarga, Mariyam Yusoff pula menahan hiba apabila lagu 'Pulanglah' nyanyian Aishah diputarkan di corong radio.

Balu kepada juruterbang MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin yang terkorban di Donetsk, Ukraine pada 17 Julai 2014 lalu itu menyifatkan Aidilfitri sudah tiada makna baginya.

"Setiap tahun, kami sekeluarga akan menaiki kereta untuk pulang ke kampung di Peringat (Kelantan) beberapa minggu sebelum raya kerana arwah sibuk bekerja.

"Jika terpaksa bertugas pada hari raya, dia (arwah) akan balik ke Kuala Lumpur naik kapal terbang dan kembali semula ke kampung untuk pulang bersama kami menaiki kereta.

"Begitulah sifat penyayang arwah kerana baginya tiada sesaat pun yang akan dibazirkan ketika ada peluang untuk beraya bersama," katanya ketika ditemui BH, semalam.

BALU Juruterbang Pesawat MH17, Mariyam Yusoff. - Foto Aizuddin Saad
BALU Juruterbang Pesawat MH17, Mariyam Yusoff. - Foto Aizuddin Saad

Mariyam, 48, berkata Aidilfitri sentiasa mengingatkannya dengan reaksi pelik arwah, tiga tahun lalu yang melarangnya membuat tat nenas pada hari raya.

Katanya, tanpa disangka, itu permintaan terakhir arwah yang seakan mengerti kuih raya kegemarannya tidak sempat dijamah, sekali gus menambah pilu isteri apabila mengetahui dia antara 298 penumpang, termasuk kru penerbangan yang terkorban dalam nahas pesawat terbabit.

"Antara kuih raya kegemaran arwah ialah biskut cip coklat. Walaupun dia kata rupanya buruk, tapi air tangan isteri buat kuih itu paling sedap di dunia dan tiada tolok bandingnya dengan yang lain," katanya.

Seperti kanak-kanak lain, anak bongsu arwah, Wan Yusof Irfan, 11, tidak ketinggalan menyambut keriangan Aidilfitri, namun ada perkara yang membelenggu fikirannya apabila mengenangkan mimpi didatangi arwah pada bulan puasa lalu.

ANAK kepada Juruterbang Pesawat MH17, Wan Yusof Irfan Wan Amran. - Foto Aizuddin Saad
ANAK kepada Juruterbang Pesawat MH17, Wan Yusof Irfan Wan Amran. - Foto Aizuddin Saad

ANAK kepada Juruterbang Pesawat MH17, Wan Yunus Uzair Wan Amran. - Foto Aizuddin Saad
ANAK kepada Juruterbang Pesawat MH17, Wan Yunus Uzair Wan Amran. - Foto Aizuddin Saad

"Abah beritahu baju dia sudah ada orang ambil," katanya merujuk kepada seragam serba putih dipakai arwah yang gagal ditemui di ladang gandum dekat Donetsk, Ukraine, iaitu lokasi nahas MH17.

Memasang impian menyambung legasi bapanya sebagai juruterbang, Irfan yang mesra disapa 'adik' turut menceritakan perbualan ringkasnya dengan arwah dalam mimpi sekitar tahun lalu.

"Adik ada tanya abah siapa yang tembak kapal terbang itu? Abah jawab Ukraine," katanya dalam keadaan mata seakan berkaca mungkin kerana menemui jawapan mengenai siapa perampas kasih sayang bapanya selama ini.

Anak sulung Mariyam, Wan Yunus Uzair, 13, juga menceritakan perihal sama didatangi arwah ketika mengalami demam panas dan muntah baru-baru ini.

Keadaan itu, katanya, mungkin kerana terlalu rindukan kelibat dan keletah bapanya yang tidak pernah leka menjaga kebajikan mereka sekeluarga.

"Masa itu Yunus tengah baring di ruang tamu dan nak panggil mama sebab tak tahan sakit kepala. Tiba-tiba dengar suara abah 'Nush (panggilan manja Yunus) ok tak?" katanya.

Meskipun terkejut mendengar suara penyayang arwah, kerinduan Yunus seakan terubat selepas hampir tiga tahun tanpa kasih sayang seorang bapa di sisinya.

Berita Harian X