Rabu, 6 Julai 2016 | 10:40am

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini


KEADAAN trafik di Jalan Tun Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd berkata, aliran trafik menghala ke utara terkawal namun bergerak perlahan di beberapa kawasan terutamanya dari Rawang ke Sungai Buaya di KM 437 arah utara akibat kemalangan.

"Trafik juga perlahan dari Slim River menuju Sungkai berikutan bilangan kenderaan yang semakin meningkat," katanya ketika dihubungi.

Aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain lancar, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur di kedua-dua hala bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X