Rabu, 6 Julai 2016 | 4:15pm
PELAKON, Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha (kanan) bersama anak perempuan sulungnya pada Majlis tahnik di Laman Seri, Shah Alam. - Foto Shazreen Zamzuri

Puteri Aleesya lengkapkan Syawal Hanez Suraya

KUALA LUMPUR: Kehadiran cahaya mata sulung, Puteri Aleesya dalam hidup Hanez Suraya bersama suami tercinta, Romie Razin Adilha memberi semangat berganda buat pelakon itu meraikan 1 Syawal.

Si comel berusia enam bulan itu pasti menjadi tumpuan keluarga dan sanak-saudara yang mahu melihat lebih dekat wajah Aleesya.

Pada raya pertama, Hanez bersama dua anak tiri akan beraya di mentuanya di Shah Alam sebelum mereka pulang ke kampung keluarga Romie di Banting, Selangor.

Pada raya kedua, Hanez akan beraya di rumah keluarganya di Kuala Pilah.

"Tahun lalu, saya tidak nafikan bagai tidak ada semangat hendak beraya. Kali ini, perasaan lain macam. Semuanya kerana kehadiran Aleesya.

"Dalam membuat persiapan, banyak yang saya utamakan keperluan dia. Saya paling teruja hendak mengutip duit raya buat Aleesya.

"Saya yakin Aleesya akan untung besar kerana menjadi ahli keluarga baru dalam hidup kami. Memang dialah yang akan jadi perhatian," katanya.

Mengenai persalinan raya, Hanez menyediakan dua persalinan untuknya dan keluarga.

"Untuk Aleesya, saya sudah menempah gaun warna yang seakan sama dengan baju raya saya, suami dan dua abangnya. Salah satu warna yang menjadi pilihan adalah biru, ...memang borialah," katanya.

Hanez dan Romie mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Berita Harian X