Khamis, 14 Julai 2016 | 5:17pm

4 cedera kereta terbabas, terbakar

ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memadamkan kebakaran. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memadamkan kebakaran. - Foto ihsan Bomba

EMPAT orang sempat keluar dari sebuah kereta yang terbakar di Kilometer 371.2 PLUS arah utara, dekat Slim River, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
EMPAT orang sempat keluar dari sebuah kereta yang terbakar di Kilometer 371.2 PLUS arah utara, dekat Slim River, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

SLIM RIVER: Empat orang terselamat apabila sempat keluar dari sebuah kereta PERODUA Myvi yang terbakar di Kilometer 371.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, dua mangsa lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20-an di dalam kereta itu hanya cedera apabila kereta itu terbabas sebelum terbakar.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Yussli Abd Latif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.50 pagi sebelum mengarahkan anggota ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian anggota bomba mendapati keempat-empat mangsa sudah menyelamatkan diri daripada kebakaran dengan keluar daripada kenderaan terbabit manakala kereta berkenaan terbakar hampir 80 peratus.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memadamkan kebakaran itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X