Jumaat, 15 Julai 2016 | 9:51am

PM Kanada zahir sokongan selepas serangan Nice


Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menzahirkan sokongan kepada Perancis selepas serangan trak Hari Bastille di Nice yang mengorbankan lebih 70 orang.

"Rakyat Kanada terkejut dengan serangan di Nice malam ini. Simpati kami untuk mangsa dan solidariti kami bersama rakyat Perancis," kata Trudeau menerusi Twitter.

Sejumlah orang ramai berkumpul di bandar peranginan di selatan Perancis bagi menyaksikan pertunjukan bunga api sempena hari kebangsaan negara itu.

"Kami melahirkan simpati kepada mereka yang cedera dan keluarga kepada ramai yang terkorban," kata ketua pembangkang Kanada, Thomas Mulcair yang juga ketua Parti Demokratik Baru dan rakyat Perancis berdasarkan perkahwinan. - AFP

Berita Harian X