X
Khamis, 21 Julai 2016 | 9:41am

Khairul Hafiz gagal ke final 100 meter

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan gagal mara ke peringkat akhir acara 100 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia, di Bydgoszcz, Poland.

Catatannya pada 10.58 saat dalam perlumbaan separuh akhir ketiga yang berlangsung semalam (1.34 pagi Khamis waktu Malaysia) hanya mampu menempatkannya di kedudukan kelapan iaitu yang terakhir.

PELARI pecut negara, Khairul Hafiz Jantan. - Foto Osman Adnan
PELARI pecut negara, Khairul Hafiz Jantan. - Foto Osman Adnan

Saingan itu dimenangi pelumba Afrika Selatan Tlotliso Leotlela yang mencatat 10.20s diikuti Paolo Andre De Oliveira dari Brazil dengan 10.32s. Kedua-duanya layak ke final.

Khairul Hafiz mara ke separuh akhir selepas menduduki tempat kedua di peringkat saringan kedua dengan catatan 10.44s di belakang Oliveira yang mencatat 10.31s.

Seorang lagi pelari pecut negara, Badrul Hisyam Abdul Manap bagaimanapun gagal melayakkan diri ke separuh akhir apabila sekadar menduduki tempat kelima dalam saringan keempat dengan catatan 10.66s.

Kejayaan Khairul Hafiz mara ke separuh akhir itu menyaksikan dia mengulangi pencapaian bekas jaguh pecut negara, Azmi Ibrahim yang menjadi atlet Malaysia pertama layak ke separuh akhir kejohanan sama pada edisi 1994. - BERNAMA

Berita Harian X