Selasa, 26 Julai 2016 | 11:26pm

JDT atasi Kelantan, FELDA benam Selangor


PEMAIN JDT, Jorge Pereyra Diaz (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Jaringan tunggal Jorge Pereyra Diaz sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika bertemu Kelantan dalam saingan Liga Super, sebentar tadi.

Tandukan pada minit ke-46 itu memberikan tiga mata penuh buat JDT dan kini mengungguli liga dengan 39 mata, dua mengatasi FELDA United yang menewaskan Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam.

Francis Forkey Doe menjadi wira FELDA United apabila menyumbat dua gol pada minit ketiga dan 67 manakala gol Selangor dijaringkan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-58.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menang tipis 3-2 mengatasi Kedah.

Gol tuan rumah dijaringkan Jeong Seok Min pada minit ke-24 dan 36 serta jaringan Mathias Jesus Cordoba (m-45) manakala gol Kedah disumbangkan Liridon Krasniqi (m-14) dan Thiago Augusto Fernandez (m-76).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team tewas 1-2 di laman sendiri berdepan Sarawak, manakala Perak meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan Pahang 2-1 Di Stadium Darul Makmur.

Berita Harian X