Rabu, 27 Julai 2016 | 2:43pm

Pengurusan kanan MPB, NSTP serlah bakat terpendam

KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) bersama kakitangan disambut meriah dengan persembahan istimewa daripada pengurusan kanan MPB dan The New Straits Times Berhad (NSTP), hari ini.

Di Balai Berita, Pengurus Besar Wilayah dan Perkhidmatan Kreatif NSTP, Zulkarnain Abd Talib, berkata majlis sambutan Aidilfitri dimeriahkan dengan persembahan daripada pengurusan kanan NSTP, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah.

"Majlis yang berlangsung adalah acara tradisi tahunan yang menjadi medan merapatkan silaturahim dalam kalangan warga kerja MPB dan NSTP," katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.


MUSTAPA (kiri) membuat persembahan istimewa bersama penyanyi, Indah Ruhaila pada majlis sambutan Aidilfitri MPB 2016 di Balai Berita. - Foto Munira Abdul Ghani

MAHFAR (kanan) dan Abdul Jalil (kiri) menari poco-poco pada majlis sambutan Aidilfitri Media Prima Berhad 2016 di Balai Berita. - Foto Munira Abdul Ghani

Sambutan Aidilfitri di Sri Pentas juga menampilkan kelainan apabila kira-kira 80 pengurusan kanan MPB turun padang membuat persembahan.

Pengurus Perhubungan Pekerja Kumpulan MPB, Fauzi Hashim, berkata persembahan menarik itu membuktikan ikatan kekeluargaan antara pengurusan kanan dan kakitangan MPB tidak terbatas.

"Mereka (pengurusan kanan) sentiasa berusaha mendekati kakitangan, selain mencetuskan budaya kerja sihat dan mesra dalam kalangan warga MPB," katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor .

KUMPULAN Bhangra-Ya mempersembahkan tarian. - Foto Surianie Mohd Hanif
KUMPULAN Kari Pop mempersembahkan tarian K-pop pada rumah terbuka Media Prima Berhad di Sri Pentas. - Foto Surianie Mohd Hanif
KETUA Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP), Datuk Kamal Khalid (tengah); Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar (kiri) dan Pengurus Besar Kandungan dan Pembangunan Primeworks, Azhar Borhan (dua dari kanan) pada rumah terbuka Media Prima Berhad di Sri Pentas, Bandar Utama. - Foto Surianie Mohd Hanif
MOHAMMAD Azlan (tengah) berduet dengan kakitangan MPB, Siti Khairiah Che Soh (kiri) di Balai Berita. - Foto Munira Abdul Ghani
PERSEMBAHAN dikir barat oleh kumpulan Arjuna Riong pada majlis sambutan Aidilfitri MPB 2016 di Balai Berita. - Foto Munira Abdul Ghani
PERSEMBAHAN dikir barat oleh kumpulan Arjuna Riong. - Foto Munira Abdul Ghani
KAKITANGAN MPB turut menari bersama tarian poco-poco sempena majlis sambutan Aidilfitri MPB 2016 di Balai Berita. - Foto Munira Abdul Ghani
Berita Harian X