Khamis, 28 Julai 2016 | 12:48pm

Penempatan doktor pelatih dipercepatkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan kemasukan doktor pelatih ke dalam program penempatan pegawai perubatan di hospital kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya sedang berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan itu.

"Ketika ini, kemasukan doktor pelatih ke program pegawai perubatan mengambil masa agak lama dan kita dalam proses mempercepatkannya.


MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada kekosongan jawatan. Ia sedang dibincangkan dengan JPA dan SPA," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Untuk Penyelidikan Klinikal Ke-10, di sini, hari ini.

Seramai 24 peserta menyertai seminar dua hari itu membabitkan penceramah dari Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat.

Berita Harian X