Jumaat, 29 Julai 2016 | 6:18pm

MAIK sumbang RM1 juta kepada YIK


TENGKU Mahkota Kelantan, merangkap Yang Dipertua (YDP) MAIK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (tengah) menyampaikan sumbangan pengurusan berjumlah RM1 juta kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi pihak YIK di Masjid At-Tohir mukim Berangan, Tumpat, hari ini. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyerahkan sumbangan pengurusan berjumlah RM1 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK), hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, merangkap Yang Dipertua (YDP) MAIK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi pihak YIK di Masjid At-Tohir mukim Berangan, di sini, hari ini.

Timbalan YDP MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi, berkata ia adalah sumbangan tahunan MAIK bagi kegunaan seluruh maahad tahfiz kendalian YIK.

"Ia adalah wang zakat daripada MAIK dan YIK mempunyai sekolah agama di bawah pengurusannya di sini iaitu Maahad Tahfiz Bustanul Arifin," katanya.

Pengarah YIK, Tengku Abd Rahman Tuan Yunus, berkata sumbangan itu antara lain digunakan untuk membayar gaji guru tahfiz.

Setiap tahun, katanya, sejumlah RM8 juta diperlukan untuk membayar gaji guru di 12 sekolah tahfiz di negeri ini.

Berita Harian X