Ahad, 31 Julai 2016 | 9:55pm

9 maut bangunan runtuh di India

ANGGOTA penyelamat berada di lokasi nahas sebuah bangunan tiga tingkat yang runtuh ketika hujan lebat dekat Mumbai, hari ini. - Foto EPA

MUMBAI: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila sebuah bangunan tiga tingkat runtuh ketika hujan lebat melanda kawasan pedalaman, dekat sini, lapor media tempatan, hari ini.

Radio India melaporkan, dalam kejadian yang sama 20 orang turut dilaporkan cedera di dalam bangunan runtuh, kawasan yang sama membabitkan kes 32 orang terbunuh selepas di panah petir di negeri Odisha, India.

Menerusi laman Twitter, stesen radio turut melaporkan operasi menyelamat sedang berjalan.

Banjir adalah masalah utama ketika musim tengkujuh setiap tahun di India, keadaan menjadi semakin buruk lagi dengan runtuhnya kemudahan infrastruktur, longkang sumbat dan perkembangan bandar yang tidak terkawal di negara yang mempunyai penduduk yang berkembang pesat sehingga 1.3 bilion. - Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X