Rabu, 3 Ogos 2016 | 1:51pm

Letusan 3 gunung berapi Indonesia jejas penerbangan

GUNUNG Rinjani.
GUNUNG Rinjani.

JAKARTA: Letusan di tiga gunung berapi di Indonesia menyebabkan langit menjadi gelap sekitar gugusan kepulauan itu sehingga mengganggu beberapa penerbangan.

Gunung Rinjani di Pulau Lombok dekat Bali, gunung berapi Sinabung di pulau Sumatera dan Gunung Gamalama dalam rantaian kepulauan Maluku, meletus beberapa hari lalu.

Penerbangan di dua lapangan terbang dilaporkan terganggu tetapi tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Lapangan Terbang Sultan Babullah di Ternate, ibu kota wilayah Maluku Utara, ditutup hari ini dan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok ditutup selama beberapa jam semalam. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X