Jumaat, 5 Ogos 2016 | 8:00am

IOC luluskan penyertaan 271 atlet Russia


ATLET gimnastik Russia, Aliya Mustafina membuat latihan di Rio Olympic Arena di Rio de Janeiro, Brazil, hari ini. - Foto Reuters

RIO DE JANEIRO: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan penyertaan 271 atlet Russia ke Olimpik Rio.

IOC mengumumkan keputusan itu awal pagi tadi, 24 jam sebelum acara pembukaan temasya berkenaan di Rio de Janeiro.

Semua 271 atlet Russia berkenaan adalah sebahagian daripada senarai penyertaan awal 389 atlet dihantar negara berkenaan.

IOC meminta pandangan persekutuan-persekutuan sukan antarabangsa sebelum membuat keputusan atlet mana yang akan dibenarkan beraksi selepas menilai rekod doping mereka.

Ia berikutan siasatan untuk Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang memberi gambaran terperinci bagaimana penipuan doping dilakukan di Russia.

Keputusan terakhir itu diputuskan oleh panel tiga ahli IOC, yang menerima pandangan daripada penimbang tara sukan berkecuali. - AP

Berita Harian X