Ahad, 14 Ogos 2016 | 1:18am

Bolt catat permulaan lembap saringan 100m

PELARI pecut Jamaica, Usain Bolt. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, memenangi saringan pertama 100 meter yang digelar beliau sebagai permulaan lembap di sini, malam tadi.

Dia kelihatan menahan kesakitan tatkala sedang mempersiapkan diri bagi menangkis cabaran pelari Amerika Syarikat, Jason Gatlin untuk dinobatkan sebagai manusia terpantas dunia.

Bolt yang akan mencecah usia 30 tahun pada hari terakhir temasya terbesar dunia ini, meletakkan sasaran tinggi dalam Olimpik terakhirnya dengan hasrat mengekalkan penguasaannya dalam acara 100m, 200m dan 4x100m berganti-ganti buat kali ketiga berturut-turut.

Dia mara dengan mencatat kepantasan 10.07s malam tadi, selepas membuat permulaan lambat dengan dia kelihatan menjadikan saingan awal saringan pertama itu seperti medan pemanas badan.

"Ia bukannya permulaan baik, saya terasa seperti lembap. Saya fikir ia logik apabila mengambil kira keadaan ketika berlari iaitu di waktu pagi. Saya jarang berlari di waktu pagi," kata Bolt kepada pemberita selepas perlumbaan.

Pencabar utamanya, Justin Gatlin, 34, merakam masa terpantas pada saringan pertama dengan mencatat 10.01s tatkala pemenang Olimpik 2004 itu sedang memburu sejarah sebagai pemenang paling tua memenangi pingat emas 100m.

Pelari pecut Ivory Coast, Ben Youssef Metie, 29, muncul kedua terpantas dengan 10.03s, mengetepikan wakil Amerika Syarikat Trayvon Bromell's 10.13. - Reuters

Berita Harian X