Isnin, 15 Ogos 2016 | 9:37am
USAIN Bolt dengan catatan masa 9.81 saat. - Foto AFP

Bolt raih emas ketiga 100m Olimpik


PELARI Jamaica, Usain Bolt (dua kiri) menang 100 meter (m) Olimpik Brazil dengan catatan masa 9.81 saat meninggalkan pelari Amerika Syarikat, Justin Gatlin (kanan) dan Andre De Grasse dari Kanada (kiri) pada Olimpik Rio, sebentar tadi. - Foto AFP

RIO DE JENEIRO: Usain Bolt dari Jamaica mencipta sejarah apabila menang 100 meter (m) Olimpik Brazil dengan catatan masa 9.81 saat, emas Olimpik ketiga berturut-turut miliknya.

Kemenangan itu menjadikan pelari pecut itu semakin hampir untuk meraih satu lagi sejarah Olimpik iaitu pingat ketiga untuk tiga Olimpik berturut-turut bagi acara 100m, 200m and the 4x100m berganti-ganti.

Ia menjadikan Bolt, 29, satu-satunya pelari pecut yang menyapu semua tiga emas dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut.

Pada larian sebentar tadi, pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin menang perak (9.89s) dan pelari Kanada, Andre de Grasse (9.91s) memperoleh gangsa. - AFP

Berita Harian X