Jumaat, 19 Ogos 2016 | 10:03am

Usain Bolt raih emas 200 meter

USAIN Bolt meraikan kejayaan menjuarai acara 200 meter lelaki di pentas Olimpik. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Usain Bolt dari Jamaica menang emas acara 200 meter lelaki untuk kali ketiga berturut-turut di pentas Olimpik dengan catatan masa 19.78 saat di Rio Olympic Stadium, sebentar tadi.

Andre de Grasse dari Kanada memperoleh perak manakala Christophe Lemaitre ketiga untuk gangsa.

Bolt, sebelum ini meneruskan gelaran Raja Trek apabila menang 100 meter. - REUTERS

Berita Harian X