Jumaat, 19 Ogos 2016 | 11:59pm

Gempa bumi 5.3 magnitud dekat Fukushima

TOKYO: Satu gempa bumi dasar laut 5.3 magnitud berlaku di wilayah pesisir pantai Ibaraki di selatan Fukushima, Jepun, namun tiada kerosakan dilaporkan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa bumi itu berlaku jam 9.07 malam tadi waktu tempatan pada kedalaman 37 kilometer.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan, beberapa bangunan di ibu kota ini turut bergegar akibat gempa itu, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Seorang jurucakap syarikat pengendali loji nuklear Fukushima Daiichi yang musnah akibat tsunami susulan gempa bumi kuat pada 2011 berkata, tiada perubahan luar biasa pada paras radiasi di loji nuklear yang kini ditutup itu. - AFP

Berita Harian X