Khamis, 25 Ogos 2016 | 12:12am
RUMAH yang dikenali sebagai Mutiara Classic dihiaskan dengan barangan antik di setiap sudut sangat kemas dan teratur. - Foto Hazreen Mohamad
PEMANDANGAN dari luar rumah, kelihatan seperti rumah papan. - Foto Hazreen Mohamad
ANTARA koleksi barangan antik yang dikumpul dan dihias oleh Mohd Noor Abdullah di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad
SUASANA dalaman rumah seakan berada di zaman 1950-an. - Foto Hazreen Mohamad
ANTARA koleksi barangan antik yang dikumpul dan dihias oleh Mohd Noor Abdullah di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad
ANTARA koleksi barangan antik yang dikumpul dan dihias oleh Mohd Noor Abdullah di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad
RUMAH ini juga dijadikan lokasi tumpuan bagi ramai orang yang ingin bergambar, termasuk pasangan pengantin yang menjadikan kediaman itu studio. - Foto Hazreen Mohamad
ANTARA koleksi barangan antik yang dikumpul dan dihias oleh Mohd Noor Abdullah di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad
KEDIAMAN ini pada mulanya dihiasi dengan pelbagai barangan milik arwah ibu bapa pemilik. - Foto Hazreen Mohamad
MOHD Noor Abdullah, 60 bersama isterinya berehat di ruang tamu dengan hiasan barangan antik yang dikumpulnya di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad
BEKAS kakitangan kedutaan Australia, Mohd Noor Abdullah menghiasi rumahnya dengan pelbagai barangan antik yang berusia lebih 60 tahun. - Foto Hazreen Mohamad

Rumah unik jadi tumpuan rakam kenangan

KUALA PILAH: Impian mencipta kelainan dan keunikan, mendorong seorang bekas kakitangan Kedutaan Australia, menghiasi kediamannya dengan pelbagai barangan antik, kebanyakannya berusia lebih 60 tahun.

 

Walaupun status antik, namun lebih 80 peratus barangan dalam rumah teres satu tingkat di Taman Mutiara dekat Juasseh itu, milik Mohd Noor Abdullah, 60, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda itu, masih berfungsi dengan baik.

Rumah dikenali sebagai Mutiara Classic itu, dihiaskan dengan kemas dan teratur pada setiap sudut, bermula dari pagar rumah, bilik tidur, bilik air, dapur sehingga ke bahagian pintu belakang rumah.

Dari luar, kediaman terbabit kelihatan seperti rumah papan kerana bahagian tingkap, ditukar kepada komponen diperbuat daripada kayu.  

 


ANTARA koleksi barangan antik yang dikumpul dan dihias oleh Mohd Noor Abdullah di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad

Sebaik melangkah ke dalamnya, pengunjung akan terasa seolah-olah berada pada era 1950-an. Ruang tamu yang menempatkan meja makan antik pantas mengingatkan kedai kopi zaman dahulu.

 

Sejak dua tahun lalu, ramai orang yang mengambil kesempatan melawat rumah itu, semata-mata untuk bergambar, termasuk pasangan pengantin yang mengabadikan kenangan hari bahagia mereka di situ.

 

Mengimbas usahanya menghiaskan rumah dengan konsep itu, Mohd Noor berkata, ketika membeli kediaman itu pada 2000, beliau dan isterinya, Rubiah Hamid, 63, mengimpikan konsep yang menampilkan kelainan.

Katanya, peluang kerap ke luar negara terutama Australia kerana bertugas, memberinya banyak pengalaman melihat dekorasi dan hiasan dalaman rumah di tempat orang.


ANTARA koleksi barangan antik yang dikumpul dan dihias oleh Mohd Noor Abdullah di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad

Beliau yang pernah 33 tahun bekerja dengan Kedutaan Australia, berkata ketika membeli kediaman terbabit, keluarganya hanya pulang setiap hujung minggu sahaja sebelum kembali menetap sepenuh masa di sini mulai 2014.

"Ketika membeli rumah, saya dan isteri mula menghias kediaman dengan pelbagai barangan milik arwah ibu bapa. 

"Asalnya, ada di antara barangan itu dibuang mereka, tetapi kerana sayang, saya kutip dan simpan selama bertahun-tahun tanpa pengetahuan mereka.

"Barangan itu termasuk seterika, basikal, pinggan mangkuk, pisau getah, kaki mesin jahit, kerusi malas, kipas siling, lampu, suis, bekas telur dan dacing timbang.

 

"Selain itu, saya juga mempunyai koleksi sendiri yang disimpan sejak zaman kanak-kanak seperti permainan tikam-tikam dan sangkar burung," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.


ANTARA koleksi barangan antik yang dikumpul dan dihias oleh Mohd Noor Abdullah di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad

Datuk kepada empat cucu itu, berkata kerana sayangkan bahagian pintu kedai runcit milik arwah bapanya di Kampung Keru, Padang Lebar di sini, beliau mengupah orang menjadikan papan itu sebagai meja kopi dan bangku panjang, yang kini diletakkan di ruang tamu serta luar rumah.

 

Katanya, dia mendapat idea itu selepas mendapati pintu kayu itu terbiar tetapi keadaannya masih elok, membuatkan dia mahu menjadikan sebagai antara koleksi dalam rumahnya.

 

"Banyak juga barangan antik yang saya beli di dalam dan luar negara seperti mangkuk tingkat, pelbagai jenis lampu termasuk lampu kereta api, piring hitam, seterika arang, botol susu dua puting, telefon, pintu kayu, sofa, katil dan pelbagai barangan perhiasan.

 

"Walaupun mempunyai pelbagai barangan antik, tetapi semua koleksi hanya ada satu sahaja kerana saya tidak mahu ada barangan sama sebagai hiasan memandangkan ruang rumah yang terhad serta mahukan kekemasan," katanya.

 


MOHD Noor Abdullah, 60 bersama barangan antik yang dikumpulnya di kediamannya dekat Taman Mutiara, Juasseh. - Foto Hazreen Mohamad

Mohd Noor yang kini berniaga kertas dinding, berkata banyak juga koleksi barangan antik dalam rumahnya yang diberikan oleh kenalan dan saudara maranya seperti radio, lesung batu, batu giling, bekas membuat kuih dan banyak lagi.

Katanya, dia amat berpuas hati dan gembira dengan keadaan rumahnya kerana bukan sahaja lain daripada yang lain, tetapi sering dikunjungi orang ramai.

 

"Saya suka apabila orang ramai datang ke rumah untuk melihat keunikan rumah dan bertanya mengenai sejarah barangan antik yang dimiliki kerana berminat berkongsi maklumat mengenainya.

"Untuk mengelak daripada jemu mata memandang perhiasan yang ada di dalam rumah pula, saya dan isteri akan mengalih kedudukan perhiasan setiap dua bulan," katanya.

Katanya, selepas ini, dia amat berharap dua anaknya mewarisi dan menjaga dengan elok semua barangan yang ada di dalam rumah itu.  

INFO:

- Harga rumah dibeli RM200,000

- Nilai barangan antik yang dibeli RM70,000

- Kos ubah suai rumah RM90,000

- Tempat pertama pertandingan kebersihan dan keceriaan taman perumahan daerah Kuala Pilah bagi kategori Rumah Teres Terbersih dan Ceria tiga tahun berturut-turut mulai 2008.

Berita Harian X