Khamis, 20 November 2014 | 6:41pm
Gambar fail pemandu Formula Satu (F1), Jules Bianchi. - Foto AFP
Gambar fail pemandu Formula Satu (F1), Jules Bianchi. - Foto AFP

Pemandu F1, Jules Bianchi 'keluar dari koma'

LONDON: Pemandu Formula Satu (F1), Jules Bianchi difahamkan masih dalam koma tetapi sudah mula bernafas tanpa bantuan peralatan, menurut kenyataan daripada keluarganya.

Pemandu pasukan Marussia berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan serius bahagian kepala dalam satu pelanggaran ngeri di Grand Prix Jepun pada 5 Oktober lalu.

Pemandu dari Perancis sudah diterbangkan dari hospital di Yokkaichi, Tokyo ke Nice, hari ini.

Namun, difahamkan situasinya masih 'kritikal' dan kekal tidak sedarkan diri.

"Berikutan tempoh mencabar dalam kawalan rapi neurologi, kami dapat mengumumkan bahawa Jules sudah membuat satu langkahan penting," kata ibu bapanya, Philippe dan Christine Bianchi dalam satu kenyataan, hari ini.

"Rawatan ke atasnya kini memasuki satu fasa baharu dalam pemulihan fungsi otak. Walaupun situasi kekal serius tapi Jules nampak stabil."

Mereka amat lega untuk mengesahkan anak lelaki mereka sudah dipindahkan ke Le Centre Hospitalier Universitaire de Nice.

Bianchi mengalami kecederaan 'diffuse axonal' selepas dia melanggar traktor di Litar Suzuka di GP Jepun, bulan lalu. - BBC Sport

Berita Harian X