Sabtu, 27 Ogos 2016 | 10:34am

Bos PSG yakin Matuidi tak jadi pindah

PEMAIN Paris Saint Germain (PSG), Blaise Matuidi (tengah). - Sumber goal.com
PEMAIN Paris Saint Germain (PSG), Blaise Matuidi (tengah). - Sumber goal.com

PARIS: Presiden Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, yakin pemain tengahnya, Blaise Matuidi yang menjadi sasaran Juventus akan menandatangani kontrak baharu dan kekal di Parc des Princes.

Skuad Bianconeri itu dikaitkan dengan perpindahan pemain Perancis terbabit bagi menggantikan Paul Pogba yang menyertai Manchester United dengan rekod perpindahan dunia.

Namun hasrat mereka mendapat Matuidi mungkin terjejas selepas dia dikatakan mahu kekal di Paris.

"Saya boleh mengesahkan dia tidak akan ke mana-mana dan kami akan melanjutkan kontraknya," kata Al-Khelaifi kepada Le Parisien.

"Kami sentiasa mahukan dia di sini dan dia juga mahu terus kekal di pasukan ini.

"Dia adalah contoh pemain yang memberikan segala-galanya kepada PSG. Dia berjiwa besar di atas dan juga di luar padang serta menjadi wakil yang terbaik buat kelab ini."

Buat masa ini, kontrak Matuidi adalah sehingga 2018 namun dia dijangka melanjutkannya untuk tempoh beberapa tahun akan datang. - Agensi

Berita Harian X