Ahad, 28 Ogos 2016 | 10:34am

Angin dijangka terus bawa asap ke Singapura, Malaysia

KEBAKARAN hutan di Riau. - Foto EPA
KEBAKARAN hutan di Riau. - Foto EPA

JAKARTA: Agensi Kaji Cuaca, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) memberi amaran tiupan angin berkemungkinan akan menerbangkan asap kebakaran hutan di Riau ke arah Singapura dan Malaysia.

"Pemantauan satelit menunjukkan buat masa ini, ada pergerakan asap tebal di Riau yang menunjukkan kebakaran hutan di kawasan luas.

"Dengan kehadiran angin bertiup ke arah timur, ada petunjuk jerebu berpotensi berterusan merebak ke negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia," kata agensi itu dalam kenyataan.

Dalam kenyataan, ia menambah hutan dan ladang di barat Sumatera itu menunjukkan ia mudah terbakar dan wilayah itu perlu dipantau.

Ia berkata, mengawal api akan menjadi 'daripada sukar kepada amat sukar, terutama dalam masa lima hari lagi.'

Selain Riau, wilayah lain yang terjejas termasuk utara Sumatera, Jambi, Aceh, barat Sumatera, Bengkulu dan beberapa bahagian di selatan Sumatera.

Wilayah di barat dan tengah Kalimantan juga berpotensi melihat peningkatan kebakaran hutan dalam beberapa hari lagi.

Agensi itu menasihatkan penduduk supaya menghentikan aktiviti pembakaran dan menggesa mereka yang berada di kawasan terjejas akibat jerebu supaya bersiap sedia menerima kesan dengan memakai topeng muka dan kekal sihat. - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X