Ahad, 28 Ogos 2016 | 4:11pm

2,153 pelajar ditawarkan tempat di UMP

NAIB Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim beramah mesra dengan mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang (UMP), hari ini. - Foto ihsan UMP
NAIB Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim beramah mesra dengan mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang (UMP), hari ini. - Foto ihsan UMP

KUANTAN: Seramai 2,153 mahasiswa baharu ditawarkan tempat bagi mengikuti 25 program pengajian bagi sesi akademik 2016/2017 di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Daripada jumlah itu, seramai 1,257 adalah perempuan dengan 25 program yang ditawarkan di kampus Gambang dan Pekan.  

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata mahasiswa baharu berpeluang memohon biasiswa UMP yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun ini menerusi dana MyGift.   

"Mahasiswa dari keluarga miskin tetapi memiliki keputusan cemerlang untuk meneruskan pengajian di UMP serta memenuhi kriteria, syarat kelayakan asas dan khusus, layak memohon bantuan yuran pengajian mereka.  

"Menerusi inisiatif MyGift juga, satu Skim Bantuan Insentif Pendidikan bernilai RM 1,000 bagi seorang mahasiswa diluluskan untuk manfaat 10 mahasiswa baharu menghadapi masalah kewangan yang mendaftar hari ini," katanya ketika ditemui hari ini.  

Katanya, bantuan itu membolehkan mahasiswa baharu dengan mempunyai masalah kewangan yang mendesak menyediakan keperluan berkaitan bagi memulakan pengajian di sini.  

Sepanjang Minggu Induksi Siswa 2016 bermula hari ini sehingga 31 Ogos nanti, pelajar baharu akan mengikuti Majlis Amanat Naib Canselor dan ikrar, Program Mahasiswa Sihat 1Malaysia, Diskusi Mahasiswa Cakna, maklumat pembiayaan dan kebajikan pelajar serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X