Jumaat, 2 September 2016 | 10:46am

Siew Khim hadir di SPRM

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) Pulau Pinang, Georgetown, sebentar tadi. - Foto Danial Saad
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) Pulau Pinang, Georgetown, sebentar tadi. - Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim, tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) Pulau Pinang, di sini, sebentar tadi.

Siew Khim, yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang itu tiba bersama peguamnya, Ram Karpal Singh dan RSN Rayer, bagi sesi merekod percakapan, pada jam 9.45 pagi tadi.

Sesi rakaman percakapan itu dikatakan bagi membantu siasatan terhadap kes mengatur pemilikan hartanah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini, yang membabitkan bapanya, Lim Kiat Seong, 68.

Beliau yang mengenakan pakaian serba kelabu sempat melambai ke arah pengamal media sebelum masuk ke Pejabat SPRM, bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung tindakan Kiat Seong dan beberapa individu lain, yang mengatur pemilikan hartanah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini, sejurus menerima maklumat di laman sosial.

Ia susulan pendedahan rakaman video klip berdurasi 5.21 minit yang menjadi viral di laman sosial, memaparkan perbualan Kiat Seong bersama dua lelaki sedang membuat rundingan, dipercayai berhubung pemilikan hartanah sebuah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini.

Berita Harian X